Assalamualaikum

Assalamualaikum

Monday, February 28, 2011

SPAGHETTI ALA THAI

Assalamualaikum....

Hari jumaat lepas saya masak Spaghetti Ala Thai. Jadi rasanya ingin berkongsi resepi yang tak seberapa ini dengan anda semua.

Bahan-Bahan:
Spaghetti ( direbus bersama sedikit garam dan minyak)


Bawang putih yang di tumbuk bersama cili padi. (kalau nak guna bawang merah pun boleh...cili padi mengikut kesukaan masing-masing..)


Bunga kantan yang dihiris halus...(boleh jugak kalau nak letak daun kesum dihiris halus)..


Isi ayam yang di potong kecil...(boleh jugak sekiranya nak letak udang, sotong, daging, etc,,,mengikut selera masing-masing..)






Sedikit cuka...(ikut citarasa masing-masing....cuka nie masam..)..dan sedikit gula dan garam...


Cara-cara:
1) Panaskan minyak....





2) Tumiskan bawang dan cili padi...(bahan yang ditumbuk bersama)





3) Masukkan bunga kantan yang tekah di hiris nipis...





4) Masukkan isi ayam yang di potong tadi...





5) Gaulkan sehingga isi ayam betul-betul masak....





6) Masukkan sedikit cuka....





7) Masukkan sedikit gula dan garam....



8) Akhir sekali masukkan spaghetti yang telah di rebus....





9) Gaulkan sehingga rasa betul-betul sebati....






10) Setelah siap, masukkan dalam pinggan...dan...apa lagi....makan...!!! Hahaha....selamat mencuba semua....

No comments:

Post a Comment